Friday, January 9, 2009

Sesekali merias

.
Orang berkolek awak berkolek,
......Orang mudik awak hanyut;
Orang bersolek awak bersolek,
......Orang cantik awak (ngapa) serabut?

Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lazimnya ayat sebegini digunakan untuk orang yang memohon ampun sebenar ampun; namun bagi rang suri den_nai lihat lebih terkhusus bagi merias diri. Apa yang tidak dibelek dan apa yang tidak diusik kerana inginkan “...cantik, menarik dan tertarik”.

Nak dikatakan berpunca dari sang Adam, mungkin itu permulaannya; akan tetapi akhir-akhir ini ia lebih menjurus kepada persaingan antara rang suri sendiri. Peliknya yang mempromosikan perapian diri ini rang suri juga. Dijajanya ke sana ke mari, dicanangkan tanpa henti, bawa ke malam dari pagi hingga berlangsung ke dini hari. Sang Adam yang diharapkan memuji ketahuan menjeruk hati. Apa nak jadi, apa dah jadi?

Paling ketara ialah muka. Dek kerana muka adalah ‘pintu’ kepada setiap individu, keutamaan diberikan kepada rupa-wajah. Yang murung diserikan, yang kusam dicerahkan, yang kasar dimuluskan dan segala macam lagi penjagaan diusulkan. Dan den_nai tengok proses untuk ini semua bukan nya seminit dua, sepantas menyebut a, b, c; tetapi berjam-jam, berjela-jela, malah berterusan. Tak boleh berselang dan tertunggak.

Benarlah manusia lahir dengan pelbagai bentuk dan ragam kulit muka. Kering, berminyak, tidak sekata terutamanya pada zon-T, dan kombinasi yang berkerenah. Yang kering beruntung sebab muka tak ‘bersilau’ tetapi kulit sebegini cepat nampak berusia, tualah tu. Yang berminyak pula kulit kelihatan anjal serta segar tetapi dibawah panas terik, minyak muka menjejeh sampai kata orang boleh buat menggoreng ikan, berkilat semedang.

Di sinilah bermula rawatan kulit muka. Cleanser, toner dan moisturizer. Logiknya kulit tu kalau sedikit berdebu, memadailah basuh dengan air, mengapa perlu dikikis semua minyak di muka tadi dengan cleanser? Lepas tu dibubuh toner, biar kulit tu anjal dan gebu kononnya. Seterusnya di‘moisturise’kan yakni dilembabkan. Tak cukup dengan regimen yang ini ada pula yang ditepekkan lagi – day cream dan night cream pada ketika tidak memakai alat solek.

Jangan berpuas hati! Seminggu sekali disarankan pula face mask dan exfoliating gel. Bukan apa, sel-sel kulit yang mati tu perlu dinyahkan serata mungkin. Kalau ini tidak dilakukan kulit tidak sekata dan memberi ruang untuk jerawat dan jeragat membentuk. Kalau nak buat skin peeling pun boleh tapi risikonya untuk seminggu selepas rawatan, kulit akan menggelupas. Nak kompelin buat apa, namanya pun “mengupas kulit”.

Itulah, orang tua-tua dulu dah berpesan, rawatan kulit muka paling mujarab ialah wudhu’. Logik pun logik. Kalau dah lima kali sehari muka dibasuh dan dibasahkan, bersihlah ia, lembablah ia. Tambahan pula kalau anak-anak gadis tak rajin berjemur tengah panas, tak tercangak-cangak tanpa haluan. Lupa pula, orang sekarang dah pakai sun block SPF-30 minimun for effective result.

Satu lagi yang den_nai tak faham ni, kulit dah cukup cun putih-kuning, sawo-matang, hendak juga diaplikasikan krim pencerah kulit agar berubah menjadi putih-melepak. Yang orang putih di negara jauh tu pulak sibuk nak meng‘tan’kan kulit mereka, sawo matang macam kebanyakkan kulit orang kita. Kategori apa ini – kufur nikmat atau tak bersyukur? Jangan nanti sampai pakai body-spray macam celebrities di Hollywood tu sudahlah.

Terlanjur menyebut, ramai yang tidak sedar bahawa sawo tu adalah nama lain bagi buah ciku dan matang tu pula antara maksudnya ialah dah tua. Erti kata lain bagi warna kelaziman kulit orang kita adalah warna (buah) ciku-masak! Itulah sawo-matang kalau nak tahu. Satu lagi warna kulit yang dikaitkan dengan buah ialah kuning-langsat.

Berbalik kepada muka tadi. Bila dah bersih, barulah disolek agar tambah cantik dan seri. Tak sedar sebenarnya apa yang dilakukan ialah menepek benda-benda asing ke kulit muka! Lepas tu sibuk kulit gatallah, tak serasilah, tak selesalah. Memanglah. Awalnya dah dicucikan liang-liang roma dengan segala macam kaedah. Apabila dah bersih, disumbat kembali dan dicemar semula. Kompelin lagi.

Tapi jangan tak tahu, foundation, compact atau liquid dah ada yang allow the skin to breathe. Warna tak payah cakaplah; dari seterang siang hingga segelap malam mesti ada colour to match the skin tone. Nak yang matte finish atau yang extra glow mesti ada punya. Yang biasa-biasa tu berlambak. Kalau noda dan parut dimuka agak ketara, concealer sedia berkhidmat. Tenyeh secalit dua dan smudge. Pasti kulit muka kelihatan flawless.

Aiseymen! Terlupa pula akan line contour gel. Kalau botox tu dah difatwakan haram. Lebih-lebih lagi kalau memakainya ia merelakskan urat-urat saraf dan seolah-olah kita tak boleh control facial expression sendiri. Naya tu! Kalau rajin mengamalkan line contour gel ini, kerut dahi, alur senyum, crow feet dan saggy eye bags akan berkurangan. Taklah macam orang gaek.

Den_nai dah agak dah, ni baru cerita pasal muka, belum disentuh tentang yang lain dah berjela tak habis-habis. Banyak lagi bahan untuk diceritakan, kan tadi den_nai dah cakap – dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jadi rang suri, buat masa ni, belek jangan tak belek. Tu jerawat tu jangan picit pakai jari…

4 comments:

The Ceramic Designer said...

wow..
very observant & very knowledgeable teruna, eh bapak orang ini ya..??
even sesetengah dari proses-proses yang disebutkan tadi, datin pun idak le tau... ;)

_deli said...

TCD,

Kenalah buat research sikit. Nanti orang kata ibarat tong kosong pula - bunyi bukan main kuat, isi tarak.

Lagipun kalau dah namanya datin, tak perlu tahu bebenda ni semua. langkah aja masuk ke spa tu, serah diri... tau tau langkah keluar dah berseri.

Bil, apa kisah... kasi datuk settle le. He, he, he...

Anonymous said...

ehem... sebagai rep kpd 'rang suri', takde lah we all spend berjam-jam meghadap cermin kot... ;)

mahir jugak cik deli kita ni when it comes to rang seri's characteristics ye? ;) siap dgn T-Zone nye, cleanser, toner, mosturizer bagai... ;) and speaking of which, mana boleh basuh muke pakai air je... tak hilanglah the deeply embeded dirt. kena gak gunakan cleanser yg mahal tu, pas tu toner and finally, baru mosturizer, or day cream, or night cream, whichever that's applicable. mcm abang deli cakap, tak naklah muka kering and nampak tua... trust me. i'm a woman. i know. heheheh. but seriously, i still love your article. witty habis... :) and yes, some of the things u mentioned like the "line contour gel", hmmm... memang i tak pernah tau. explain, explain... heheheh...

_deli said...

Hani,

line contour gel - some call it serum, few call it elixir, others call it age-defying cream; and there are those who simply use vitamin e with certain density - the greater the i.u. the 'likat'er it is.

simply dab 'em before applying your base cream/foundation. kena buat selalu tapi... mahal siot!